hati
menyimp anseribu satu rahsia
hati
menyimpan kisah satu jiwa
hati
terukir diatasnya nama seorang insan
insan yang sangat istimewa
insan yang membawa sejuta keindahan kepada pemiliknya
insan yang sangat indah kata-katanya
puisinya
nurkilannya
hati

pabila ia menyayangi
teramat sukar untuk ia membiarkan insan itu pergi
walau hanya dari kejauhan
ia rela menatap agar terubat rindu yang sarat
tatkala senja melabuhkan tirainya

hati mula mengukir rindu
pena dan aksara mula bersatu
mengukir sebuah kisah cinta baru
bukan mudah mengubati hati

lukanya parah
berdarah
kerana pujangganya milik insan lain
tapi apakan daya
kisah hati terus menjadi rahsia
menyimpan seribu satu kisah duka si pemiliknya
walau hati terlalu menyayangi
ia terpaksa merelakan
pujangganya pergi
tatkala malam menjelma
hati merintih pilu

merindui pujangga cinta
andai ia tahu kisah hati ini
pasti dia tidak akan pergi
pasrah
walau hati bagai di tusuk sembilu
pedihnya tidak tidak tertanggung
kisah hati
mencatat pelbagai cerita cinta
cinta yang tidak kesampaian
cinta yang teguh namun terpaksa dibiarkan

download




Related Guaranteed approvals to your loans

0 Comments:

Posting Komentar